top of page

BERWAKAF KETIKA MASIH HIDUP

Allah ada berfirman mengingatkan kita yang mempunyai banyak harta untuk
beramal sebelum mati.
Berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat kita sebelum datangnya tanda tanda kematian,
supaya kita  menjadi orang yang taqwa.

Setiap orang akan menemui kematian,
bila dan dimana semuanya hanya Allah yang tahu.

Kita ini ibarat sedang bermusafir menuju ke destinasi.
Di akhir perjalanan kita akan menemui Yang Maha Pencipta.

Bagi orang orang beriman tentulah di akhir pertemuan itu penuh rasa amat takut,
samaada ia diterima dengan baik dan penuh rahmat,
atau ditolak dengan  azab dan penuh kesengsaraan.  


Oleh itu kita kenalah persiapkan diri dengan bekalan yang mencukupi.
Antara bekalan yang boleh membantu kita,
selain solat dan amal ibadah lain, adalah sedekah dan wakaf.  

Untuk melaksanakan sedekah dan wakaf mahu pun zakat tidak lah sukar
jika dibandingkan dengan ganjaran yang dijanjikan Allah.
Yang sukar hanya apabila, harta kita yang melimpahruah dihimpun,
dan  sehingga terasa sayang untuk diinfak sebahagiannya.

Ataupun sehingga Allah menjadikan istidraj kepada kita hingga lalai dan berseronok dengan segala kemewahan.


Ibarat  kita menabung sikit-sikit lama lama jadi bukit.
Begitulah juga wakaf dan sedekah.
Jika kita istiqomah mengeluarkannya walaupun sedikit,
tentu Allah lebih suka dan redha.
Biar kita redha mengeluarkan yang sedikit dan Allah juga meredhai kita.
Kata orang, alah bisa tegal biasa,
lama-lama kita akan mahukan  peningkatan iman dan keredhaan Ilahi.
Nanti, amalan wakaf dan sedekah menjadi  kebiasaan,
dan tuntutan diri mencari keredhaan Ilahi.


Saya mengingatkan diri saya sendiri,
sanak saudara dan kaum kerabat yang lain,
yang masih mampu dan tidak merempat,
masih bertenaga dan sehat,
jom kita berwakaf dan bersedekah 
Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang meminta.

 

© 2023 by Fundraising. Proudly created with Wix.com

bottom of page