top of page

Mula Sedekah Di Rumah Masa Covid19

Semasa PKP kita semua terikat dengan hanya duduk di rumah.

Bagaimana kita hendak bersedekah? 

Sedangkan kita sudah biasa bersedekah di surau, di masjid atau terus kepada penerimanya.

Kita selalu dengar kata-kata, Jika hendak seribu daya dan jika tak mahu seribu dalih.

If there is a will there is a way. Betulkan?

Saudara, kita sediakan satu tabung kecil di rumah.

Setiap pagi masukkan RM1 atau berapa sahaja yang ikhlas dengan niat kita bersedekah.

Niatkan tujuan sedekah-untuk surau, untuk ibu bapa dan sebagainya.

Aapabila tempoh PKP tamat nanti, masukkan duit tersebut ke dalam Tabung Surau atau Masjid atau sedekahkan kepada siapa yang kita niatkan.

Dengan cara ini, kita terus bersedekah walaupun kita berada di rumah dan walaupun PKP kita tidak boleh keluar rumah.

Semoga usaha kita dirahmati Allah.

Tapi jangan lupa, apabila PKP telah tamat , sedekah hendaklah diteruskan.

Ibadah yang istiqomah sangat disukai Allah.

Jika ingin berwakaf untuk pembinaan

Masjid Bukit Rimau,

jangan lupa masukkan tabungan anda ke dalam

Tabung Pembinaan Masjid.

Kutipan saudara boleh juga di masukkan terus ke dalam

 

Akaun Masjid Bukit Rimau di RHB Bank,. melalui Giro, ATM, Boost atau Online.

Nama Akaun:

Masjid Bukit Rimau:

RHB Bank No. 26260 700001651

© 2023 by Fundraising. Proudly created with Wix.com

bottom of page