top of page

Mencegah Penularan Covid19

Kes pertama covid19 yang dikesan di Wuhan Hubei China pada 7 Jan 2020,  ia kemudian merebak ke lebih 130 buah negara di dunia. Wabak ini tidak mengenal  batasan agama, bangsa dan fahaman politik.

Pada 15 dan 16 Mach 2020, tiba-tiba keadaan menjadi gawat. Saya hanya menyedari apabila terlintas di hati untuk pergi ke Supermatket untuk membeli barangan dapur.

 

Alangkah terperanjatnya kerana pasaraya saperti baru habis di rompak dan  digelidah, barangan-barang keperluan harian habis licin diborong oleh orang ramai yang panik.

 

 Saya bingung sebentar saperti tidak percaya apa yang berlaku.

Baru saya sedar mereka telah mendapat berita bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan,

di mana rakyat akan terikat untuk duduk di rumah.

Jadi mereka telah awal-awal membeli keperluan untuk keluarga. 

Esoknya kerajaan mengumumkan PKP :

Fasa Pertama akan bermula dari 18 hingga 31 Mac2020.

Kes jangkitan bertambah rancak.

Namun beberapa hari sebelum tamat fasa pertama,

Kerajaan, atas nasihat dari Kementerian Kesihatan,  telah membuat keputusan  untuk melanjutkan PKP lagi 2 minggu .

PKP Fasa Ke-2 bermula dari 1 April 20202 sehingga 14 April 2020.

PKP Fasa ke-3 bermula pada 14/4/2020 sehingga 28/4/2020  

PKP Fasa ke-4 bermula dari 29/4/2020 sehingga 12 /5/2020

PKP Fasa ke-5  akan berakhir  pada 9 Jun 2020.

Berikut ada kronologi fasa PKP:

  • 18 Mac 2020 : Muhyiddin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

     

  • 25 Mac 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan peningkatan kes positif COVID-19.

     

  • 10 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April untuk mengelakkan penularan kembali wabak Covid-19 selain memberi peluang kepada petugas kesihatan untuk memerangi virus berkenaan.

     

  • 23 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei.

     

  • 1 Mei 2020 : Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 hingga 12 Mei.

     

  • 10 Mei 2020 : PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

     

  • 7 Jun 2020 : Muhyiddin mengumumkan PKPB digantikan dengan PKPP yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos.

     

  • 28 Ogos 2020 : PKPP dilanjutkan sehingga 31 Dis.

  • 12 Okt 2020 : Kerajaan mengumumkan semula pelaksanaan PKPB di Sabah (13 hingga 26 Okt) manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 14 hingga 27 Okt.

  •  

  • 24 Okt 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan sehingga 9 Nov.

  •  

  • 26 Okt 2020 : PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov.

  • 7 Nov 2020 : PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 Nov sehingga 6 Dis.

     

  • 20 Nov 2020 : PKPB di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan pada 21 Nov.

     

  • 5 Dis 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan selama 14 hari bermula dari 7 Dis hingga 20 Dis.

     

  • 18 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Dis.

28 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021.

 

Sebagai langkah pencegahan agar wabak ini tidak terus menular  di kalangan ahli kariah, surau AnNamira  telah ditutup penggunaannya buat sementara waktu.

Pembukaan semula akan diumumkan oleh kerajaan negeri atas nasihat DYMM Sultan  atau pun kerajaan Persekutuan.

Semasa ditututp untuk kegunaan awam, pihak surau telah  melakukan kerja nyahkuman dan kerja-kerja pembersihan seluruh kawasan surau.

Surau telah ditutup keseluruhannya  dan  orang ramai telah dinasihatkan untuk beribadat di rumah masing-masing.

 

Walau bagaimanapun, azan yang merupakan syiar Islam terus dibenar untuk dikumandangkan bagi setiap waktu.

Marilah kita sama-sama mencegah penularan virus covid19 dengan mengamalkan  garispanduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan. 

Mudah-mudahan kita segera dapat berjemaah di surau.

+Amalkan penjaran sosial

+Kerap cuci tangan

+pakai topeng muka apabila ke tempat awam

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

telah mengumumkan aktiviti rentas negeri bagi semua negeri di Malaysia  bermula Isnin, 11 Oktober 2021.

 Aktiviti pelancongan juga dibenarkan sempena dengan pembukaan rentas negeri ini.

Namun ia tidak terpakai ke kawasan merah atau di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). 

Aktiviti rentas negeri ini hanya dibenarkan kepada individu yang lengkap divaksin sahaja.

Pihak berkuasa masih mempunyai kuasa untuk memeriksa individu secara rawak ,

dan mengenakan kompaun sekiranya individu belum divaksin didapati merentas negeri. 

Bagaimanapun, rakyat kini berasa lega kerana telah hampir 2 tahun berkurung.

Syukur Alhamdulillah.  

Rakyat yang sayangkan diri mereka patut akur kepada arahan kerajaan, kerana dengan menjaga diri sendiri , mereka juga menjaga orang lain di sekeliling mereka dari jangkitan wabak ini.

 

© 2023 by Fundraising. Proudly created with Wix.com

bottom of page